Isnin, 31 Oktober 2011

ISTANA NEGARA , wow Kenangan Terindah

Salam, hari ni cuma nak berkongsi satu pengalaman indah iaitu first time menjejakkan kaki ke dalam Istana Negara, perasaan masa tu ? ermmm, dag dig dug berdebar jantung ku, haha terpegun pun ada dan macam2 lagi perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata2, cuma sesiapa yang melalui nye akan merasai sendiri.....

Ceawahhh, mesti ada yang tertanya-tanya buat apa saya kesana, saya cuma meneman kan bos ke sana untuk raptai satu acara yang berkaitan buku dan kerabat di raja, sebenarnye nama bos besar yang naik, oleh kerana di waktu ini bos besar berada di Jerman so bos yang kedua yang menggantikan nye......

Alhamdulillah dalam usia begini dapat juga saya merasa dan menengok sendiri upacara bagi istiadat di raja, bagi yang x biasa upacara ini agak leceh kerana banyak protokol yang perlu di patuhi, bagi kakitangan kerajaan saya rasa mesti sudah tahu kerana di dalam pekerjaan juga kami telah di ajar dengan adab sebegini.....

Ok, saya ceritakan sedikit perjalanan kami, saya, bos n seorang lagi kawan kami bertolak dari opis pukul 1.30, dalam kul 2 nak dekat sampai kami singgah makan berhampiran situ, singgah 1 kedai makan ikan bakar berhampiran Kem Sungai Besi, boleh tahan jugak makan kat situ, sudah makan kami bergerak ke Istana tetapi sebelum masuk dikehendaki meninggalkan ic, setelah masuk ke dewan satu raptai penuh di mulakan, seronok jugak menengok nye, ada pembarisan dari Kadet Tentera dari Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), siap raptai kami d bagi makan.....

Sambil2 tu saya sempat jugak la mengambil gambar 2 3 keping, hehe, klu ikut formal memang x boleh mengambil gambar dalam dewan istana tu, tetapi oleh kerana ini raptai sahaja jadik saya curi2 la abik, bukan nye apa, untuk kenangan sajer, dah siap raptai kami pun bertolak balik ke opis, esok ada lagi raptai nye tapi saya x nak ikut sudah, byk keje lagi kat opis tu, dapat merasa pijak kaki ke dalam Istana Negara sekali pun jadi la, huhu, nasib baik jalan x jem so kami boleh sampai kat opis dalam kul 6.45, duk relax2 jap kat opis, kul 7 mlm saya gerak balik ke rumah, aduiiii baru la terasa penat nye.....

Oleh kerana terlalu penat malam ni saya nak tido awal, lalala, pas isyak terus zzz, haha I Like walaupun ada keje nak d sattle kan d rumah, takpe la ada masa esok kita sambung ek.....okies daaaaaa

 ~ suasana dalam dewan ~
 ~ makanan yang kami makan, buat kenangan logo kat atas tu ~
 ~ sudu pun siap ada logo, walaupun kabur2 jer, sebab warna emas so lawan dengan cahaya dia jadi malap ~
 ~ wah tisu pun siap ada logo Kerajaan Malaysia gitu ~

Note : hari ini walaupun terasa penat saya tetap happy, Alhamdulillah masih bahagia untuk menjalani liku2 kehidupan, Ya Allah semoga ku di berikan ketabahan dalam menjalani hari-hari yang mendatang, ku bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh mu Ya Allah, Aminnnn............

Tiada ulasan:

JUS DIVAS (JUS UNTUK KURUS)

JUS DIVAS KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA PRODUK INI : ✔ Membantu proses penghadaman. ✔ Membantu merawat sistem penghadaman. ✔ Menghilangkan gum...