Memaparkan catatan dengan label Luahan Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan Hati. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mei 2012

Serius Memang Aku Sedang Keliru


 Tajuk kat atas bunyi macam gempak jer, memang betul sejak 2 mejak ni saya memang keliru, sangat keliru dengan perasaan sendiri, setiap orang mempunyai masalah kan, saya pun sama, masalah saya sekarang adalah sedang terkeliru, keliru dengan keadaan, keliru dengan perasaan sendiri, keliru tentang hati, keliru dan keliru, x tahu nak di ungkapkan macam mana, bila si dia mesej saya mula bersedih, sedih kerana tak dapat mengungkapkan hal sebenar, x dapat meluahkan perasaan yang ada pada saya ketika ini, klu saya luahkan boleh ke si dia terima, saya x mau orang bersedih dengan saya, x mau orang menyimpan dendam dengan saya dan x mau menyakitkan hati si dia, perasaan nye tetap dan harus saya jaga..............


Ya Allah, memang saya memang keliru, bagi la saya kekuatan untuk menyelesaikan kekeliruan ini, masih tidak kuat menghadapi kenyataan yang bakal dan akan terjadi, semoga saya terus tabah dan kuat, Aminnnnnnnnnnnnnnnn

Note : walaupun kita tiada Jodoh saya tetap menyayangi awak sebagai seorang kawan sampai bila2 kerana awak pernah wujud dalam kehidupan dan juga hati saya :)

Khamis, 12 April 2012

Pecah B'deraian

 Mula-mula pecah
 Kemudian retak
Akhirnye berkecai
Dan kemudian akan menjadi sakit macam ni, melalui gambar orang dah boleh mengetahui hatiku diketika dan disaat ini.................peace :)

Ahad, 26 Februari 2012

DENGKI

 Sambil layan dengar radio tetiba ada kuar topik mengenai masalah dengki dan cemburu ni, si pemanggil menceritakan masalah nye kepada pendengar iaitu DJ radio di Siaran Suria.Fm, jawapan yang dibagi membuatkan saya tetarik kerana soalan yang di utarakan oleh si pemanggil lebih kurang jer dengan masalah dan kes yang saya hadapi, memang agak tetarik la dengan jawapan DJ Radio tu berbunyi : Orang yang dengki dan cemburu kepada kita adalah kerana dia terlalu menyayangi kita sebenarnye, betul ke ? ermmm tapi saya agak bersetuju dengan jawapan itu, credit untuk DJ radio itu.......(berapa byk itu daa, klu buat karangan BM mesti dah kena tolak markah)

     Ok ni berbalik kepada cerita saya pulak, setelah mengalami nasib yang sama, saya telah bertanya soalan kepada kepada kawan rapat, soalan yang selalu di tanya oleh saya : kenapa dia nak cemburu dan dengki dengan saya, rasa nye saya x de pun buat salah dengan dia pun, jawapan yang saya dapat daripada kawan adalah : orang yang cemburu dan dengki kepada kita kerana dia sebenarnye nak jadi macam kita, saya bertanya lagi : nak dengki apanye saya bukan nye ada apa pun nak kata ada harta jauh sekali, dan jawapan yang saya dapat adalah : itu hanya Allah sahaja yang tahu, mungkin ada benda yang dia nak jadi macam awak tapi awak sendiri pun x tahu, Allah telah berikan benda yang baik kepada awak tanpa pengetahuan awak yang dia pun nak benda yang sama macam Allah bagi benda tu kat awak, dalam hati dan fikiran (Alhamdulillah semoga apa ujian dan dugaan yang Allah berikan kepadaku tersembunyi hikmat yang terbaik buatku, bersyukur, Aminnnnnnnnnnn)......................................
Note : menulis entri pada jam 1.50 pagi, haha pada hakikatnye mata pun dah x boleh celik, tapi idea datang mencurah jadi di luahkan sajer, nanti dibiarkan idea itu lari, macam mana saya mahu mengejarnye......ahakssss..........daaaaaaaaaa

Rabu, 15 Februari 2012

Mengalah tak bererti kalah


SEBELUM BACA ENTRI KLIK GAMBAR NI DULU BOLEH TAK @ KLIK JER DISINI, TQ......
Guess what happened to this teddy bear?? profile image
Ok, kita mula cerita yer, bukan lah cerita pun, hehehe, cuma nak bagi kata2 semangat untuk diri sendiri dan kata2 ini pernah dikeluarkan oleh Boss saya, saya tambah sikit ayat ok.....

Sejak akhir2 ni saya mengalami beberapa masalah ditempat kerja, setelah meminta pandangan kawan2 dia orang mencadangkan saya memohon tukar kerja ditempat lain, memang ada terfikir tetapi adakah saya nak mengaku kalah sebelum ermmmm......

Bukan untuk saya mengaku kalah tetapi "Mengalah Bukan Bererti Kalah, Mengalah Adalah untuk Menjernihkan Keadaan Yang Sudah Sedia Keruh", ok tak ayat rekaan sendiri ni yang tetiba datang dalam fikiran, huhu kkkk baiiii..............lalalalalala

Khamis, 26 Januari 2012

Berangan sangat Indah, tetapi Kenyataan adalah amat Pahit

     Berangan @ angan-anganan adalah sangat indah tetapi hakikat yang sebenarnye amatlah pahit, dengan berangan kita rasa boleh memiliki apa sajer yg kita mahukan tetapi dalam hal sebenar dapatkah kita apa yang kita hendakkan itu, boleh berangan tetapi dalam masa yang sama cuba menrealisasikan anganan tersebut, saya x cakap n x mengutuk sape2, benda memang terjadi atas batang hidung saya sendiri........

     Berangan punyelah tinggi menggunung tapi hakikat habuk pun x de kata orang2 tua, saya memang merasa sangat down dan tetiba semangat yang kuat menjadi lentur apabila anganan saya mulai musnah, terasa amat pahit untuk menelannye, tetapi saya mencuba dan terus mencuba untuk bangkit secara perlahan-lahan, ermmmm x tahu nak cakap apa dah kata2 simpulan ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, haruskah saya menangisi takdir ini, oooo tidak, Ya Allah Ya Tuhan ku tolong kuatkan lagi semangat Hambamu ini, Aminnnnnnn.......................

Sabtu, 21 Januari 2012

Wanita Pilihan Seorang Lelaki




     Okey, tengok kepada gambar2 ini ada perbezaan ker di antara yang atas dan gan yang bawah, hehe mesti la byk perbezaan kan, satu pakai baju warna merah dan satu pakai baju warna putih kan, cepat cari apa lagi perbezaan nye tentu la banyak kan (apsal byk sangat ayat kan saya ni), kali ni bukan nak cerita pasal perbezaan or tak, cuma nak mengulas dengan lebih lanjut ok....

     Cerita dia macam ni, x ada cerita pun, haha gempak jer lebih, ok sebenarnye saya x menyangka bahawa pilihan Ally Iskandar untuk dijadikan seorang isteri adalah wanita yang bertudung, kenapa saya cakap cam tu sebab dulu dia penah bertunang dengan seorang ala2 gadis melayu la katakan, dalam program tu dari x bertudung konon2nye insaf dan mahu berubah dengan memakai tudung, bagi saya Alhamdulillah terbuka jugak hati dia untuk bertudung tetapi semasa pertunangan dia dengan Ally dulu bila ditatap balik gambar itu oooo tidak.......mana pegi @ terbang tudung yg ada diatas kepala nye suatu ketika dulu......

     Tapi last2 sekali putus tunang lak, saya mula berfikiran nagetif pasal gadis melayu itu.....ahhh abaikan sajer hal ini, kita cerita yang seronok pulak, pada 20 Januari 2011 Ally Iskandar telah selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang wanita muslimah yang cantik dan ayu bernama Farah Lee, ok pada pendapat saya pilihan Ally adalah tepat kerana memilih isteri yang menutup kepala dari menunjuk aurat nye dari pandangan lelaki seperti juga menjaga maruah suami @ bakal suami nye dari kata2 yang tidak manis daripada sesiapa sahaja ........

     Saya bukan nak mengutuk ataupun mengata tetapi sebagai seorang yang beragama Islam apa salah nye kita menutup Aurat dan menjaga batas2 kita sebagai seorang Muslimin dan Muslimat, Wallahu Alam......

      Maaf jika ada yang terasa ini hanyalah pendapat yang keluar dari fikiran saya di saat, waktu dan ketika ini...........Jika saya salah sila betulkan, masih lagi belajar dan banyak lagi yang perlu dipelajari......AMIN

Jumaat, 16 Disember 2011

I'M SORRY SANGAT2

Dah banjir jadi nye, hehe tujuan sebenarnya adalah untuk meminta maaf , minta maaf sangat2 ni, sebab apa ?, huhuhu, kenapa ni ?, hehehe, sebab2 nye adalah :~
  1. Saya tidak dapat blogwalking kawan2 dan follower, ucapan terima kasih kerana sudi menjengah blog saya yang x seberapa ini.
  2. Kerana kesibukkan masa jugak membuatkan saya kurang menulis entri dan tiada perkembangan baru.
  3. Semua komen2 di Shoutmix telah saya baca cuma tiada masa untuk membalasnye.
  4. Line Internet jugak agak slow sejak kebelakangan ini menyebabkan saya hilang mood untuk mengunjungi blog2 yang ada.
Nak cakap apa lagi, huhu, saya x tahu la kenapa sejak akhir2 ini saya semakin ketandusan idea untuk menulis entri, PLEASE HELP MEEEEEE..............
  
SORY SANGAT-SANGAT TAU, LOVE U AOULSSS...............

Sabtu, 3 Disember 2011

Dalam Sejarah sambut Birthday di Indonesia

Salam, x tahu nak tulis apa dah untuk mengatakan perasaan saya pada ketika & waktu itu, sangat terharu dan hapy sekali, x penah2 pun sambut birthday tapi bila disambut alahaiiiii, negara orang pulak tu, dah la ramai orang masa tu, sambutan diadakan pada malam diner, dihadiri oleh berbagai orang dari pelbagai negara, Negara Iran ada dan Singapore pun ada, walaupun dengan sepotong kek yang kecil sudah memadai dengan ucapan dari pelbagai orang serta yang penting ucapan itu adalah ikhlas (yang x ikhlas tu saya tolak tepi sajer)........
Every notebook should have a breathable keyboard like this!  profile image
Saya sebenarnye x nak memikirkan sangat kalau difikirin mau teringat seumur hidup so cuma masuk telinga kanan n kuar telinga kiri, walaupun saya tak mengunkapkan nye dengan kata2 tapi dalam hati ucapan yang dapat diberi " TERIMA KASIH BERBANYAK DAN SEMOGA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN DENGAN UCAPAN ITU, AMINNNN "..................

Jumaat, 25 November 2011

Terasa My Blog dihargai

campaign image


Terima kasih di ucapkan kepada semua yang sudi menjengah blog saya, bersyukur sangat2 walaupun tidak mempunyai ramai follower dan masih baru tetapi ada juga yang sudi.......

Antara perkataan yang seronok didengar ialah :~

  • Awak di tag
  • Website anda telah saya ambil 
Walaupun tidak tahu apa tujuan sebenarnye, saya tetap berfikiran positif, tawakal dengan apa yang bakal terjadi dan yang amat penting saya rasa sangat happy dan terasa Blog saya ini macam dihargaiiiii, I LIKE...............

THANK U VERY MUCH YOU ALLS

campaign image

Ahad, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam.......dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada keluarga di kampung dan kepada semua2 lah yang mengenali diri saya, huhuhu tak tahu nak ucap apa dah, cuma nak berceloteh sikit........

Ok, ini adalah kali kedua saya beraya di perantauan, tahun pertama x balik kg sebab Mak & Ayah berada di Tanah Suci Mekah, saya cuma balik kg masa nak menyambut dia orang pulang dari Tanah Suci Mekah jer, so ini adalah kali kedua saya beraya di perantauan sebab nye saya sendiri x tahu, last2 minit baru terfikir nak balik, nak balik gan apa tiket pun x beli, jadi beraya la saya di sini seorang2, sebab lain sebenarnye masih banyak, arghhh x nak fikir.......

Walaupun beraya di perantauan saya tetap menunaikan Solat Sunat Raya seperti biasa yang selalu ditunaikan semasa di kg tapi cuma perbezaan adalah Mak Ayah x de kat sini......, x leh nak salam minta ampun maaf dan merasa daging2 lembu serta kenduri kendara memotong daging lembu untuk di masak beramai2, seronok nye masa tu Tuhan sajer yang tahu, tetapi ooooo tidak ini masalah saya dan orang lain tidak perlu tahu akan nye itu, ok STOPPPPP

Jumaat, 4 November 2011

Birthday Card For Someone Special

Tetiba speaking lak ari ni apsal, hehehe sajer buat suspen sikit, suspen tak ???, apa.....x suspen pun, takpe la, saya ok jer, lalalala.......
~ Gambaran luar kad ~

Cantik tak kad ni, saya reka sendiri tau.....bukan nye x mampu beli kat kedai cuma mencari kreativiti sikit (betul x ayat saya ni, x betul pun, ada saya kisah, kikiki), saya buat dengan hati yang ikhlas tau.....
~ Gambaran dalam kad ~

Ini adalah isi kat dalam, masa ni belum tulis apa-apa lagi, mana boleh letak yang dah tulis, malu arrr, walaupun simple sesangat tetapi saya rasa puas hati sebab dapat mencurahkan idea untuk kad ini.....

Saya pun x pasti si penerima suka ataupun tidak, saya nak dia tahu bahawa kad ini adalah rekaan yang ikhlas dari hati saya.....

SELAMAT HARI LAHIR
06.11.2011 
Dah x tahu nak wish apa kat sini, sebab di kad dah menyatakan segalanye, klu x faham dan memerlukan penerangan sila kemukakan pertanyaan kepada saya.....ok tak ??? daaaaa

Isnin, 31 Oktober 2011

~> HATI.....Jagailah dia

HATI.....banyak benda yang berkaitan dengan hati, tetapi entri kali ini berkenaan dengan hati daripada manusia yang tidak dijaga maka ianya menjadi :~
  • BERKECAI
  •  RETAK
  •  SAKIT
  • HANCUR
Maka jagalah hati itu bagai menatang minyak yang penuh jika kamu tidak mahu apa berlaku seperti contoh diatas.....

Note : masih x ada idea tetapi tetap nak meluahkan, so gambar sahaja yang boleh mengambarkan segala nye,   I M SORRY.....

Bila Ketabahan itu Datang dalam Diriku

Alhamdulillah jika ketabahan itu datang, diri akan menjadi begitu tenang, terima kasih Ya Allah kerana memberi ketabahan itu yang bukan sentiasa berada didalam diriku, bila ianya datang segala urusan menjadi mudah, ku tak kan cepat melenting, apa2 pun yang berlaku dapat diterima dengan begitu senang hati dan berlapang dada.....
Jarang sangat dapat ku temui saat ini kerana hidup dipenuh dengan dugaan dari segi pekerjaan dan segalanya, memang Allah sentiasa akan menguji hambanya, dan oleh itu ku selalu berdoa semoga hidup ini di berikan semangat yang kuat, ketenangan, kebahagian, diberkati, murah rezeki dan lain-lain.....
Semoga kedua orang tuaku akan menerima tempias dari doa-doa anakmu ini, semoga orang tuaku tak akan merasa terbeban kerana mendapat anak seperti ku dan semoga orang tuaku juga mendapat limpahan kurniaan darimu Ya Allah.....Amin

Sabtu, 22 Oktober 2011

~> BENCI <~

Benci, benci dan benci, setelah berkawan selama lebih kurang 3 tahun, akhirnye dia telah membuatkan saya sangat membencinye, selama ini semua benda yang berlaku saya terima dengan sabar tetapi bukan untuk kali ini dan satu keputusan muktamad telah saya capai setelah difikir masak2.....
Saya terpaksa membuangnye dalam hidup saya dan jangan mencari saya lagi kerana semua perbuatannye sudah saya maafkan cuma untuk menjadi kawan seperti dulu tidak lagi, saya sudah kecewa, saya sudah serik, saya sudah tidak boleh menerimanye dalam hidup saya lagi, dan saya bla3.....

Hanya tuhan sahaja yang mengetahui hati dan perasaan saya ketika ini, semasa dia susah saya la pertama yang selalu menolongnye, oleh kerana satu sebab saya tidak dapat menolongnye semua perkara telah diungkitnye, ok fine.....waktu kita susah baru kita mengetahui siapa kawan dan siapa lawan, dan saya telah bertekad menghapuskannye dalam hidup saya, saya sudah x mau abik kira apa yang akan berlaku selepas ini kerana saya tidak memerlukan kawan sepertinye, selamat tinggal kawanku yang selepas ini akan menjadi musuhku.....

Note : semasa menulis memang dalam keadaan sedang benci, maka apa yang d tulis saya sendiri pun tidak faham, hehehe.....

Sabtu, 8 Oktober 2011

~ Biz On9 Nokey's ~: Cerita Sedih di bulan Ramadhan 2011

~ Biz On9 Nokey's ~: Cerita Sedih di bulan Ramadhan 2011: Salam, entri kali nak citer pasal bulan Ramadhan 2011, tengok gambar kat sebelah boleh agak tak apa yg saya nak coretkan, first sekali m...

~ Biz On9 Nokey's ~: Berdiam diri lebih baik dari segalanya

~ Biz On9 Nokey's ~: Berdiam diri lebih baik dari segalanya: Salam, entri kali ini cuma nak meluahkan isi hati, erm mcm berat jer bunyi nye, x de la berat sgt ringan jer x yah nak memikul apa-ap...

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Menerima teguran ~

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Menerima teguran ~: Salam..... semalam mendapat satu teguran mengenai blog sayer, sayer nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada orang itu keran...

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Mempunyai Satu Impian ~

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Mempunyai Satu Impian ~: Salam semua, haiiii termenung nampak, termenung ker, x la saya tengah berangan ni bukan nye termenung, berangan apa ek ???...

Ahad, 2 Oktober 2011

My Best Friend

Bagi kiss dulu, hehe muah3, amboi over la pulak, ni citer pasal best friend nak bagi kiss2 tu apa hal, ala nak bagi kiss sikit pun x boleh, bukan nye kena pun......

Ok la, kali ni nak citer pasal My Best Friend, best friend ker, entah la, best friend kut (hehe, no coment), nanti kita citer ek pasal best friend saya ni.....kami berkenalan secara x segaja, x sangka pun boleh jadi rapat, dulu saya memang selalu gaduh & berperang gan dia sebab dia memang suke buat saya panas ati tau, aduiii masa tu saya memang sangat geram dan benci akan dia, tapi lama kelamaan tanpa di sedari kami telah menjadi kamcing (makna baik la tu, x kan kamcing pun x tahu makne, haha), tu la orang kata x kenal maka x cinta (bercinta ker, x tahu ler plk saya)........

So bila dah lama kenal kalau dia menghilangkan diri tanpa khabar berita saya akan mula risaukan dia (rindu ler tu, baik mengaku jer, eeee malu), dah jadi tanggungjawab saya tu (tp awak sajer buat x faham ek, aduiii geram nye saya), yang bab ni memang saya x suke dan d sebabkan hal timbul tenggelam ni la dia d bagi nama sebagai Chipmores (awak yang bagi tau, saya ikut jer), biskut chipmores klu makan sedap jugak tapi ni orang apa yang boleh d buat........awak nak tukar nama lain, tapi nama Chipmores jugak yang melekat ek


Walaupun kekadang saya terasa dan merajuk hati gan dia tetapi saya tetap menghargai dia sesangat sebab waktu saya moody dia membuatkan saya hapy (dia cakap saya hot n spicy, sampai hati dia leh cakap mcm tu kan, tp saya tetap terima sbb benda yg betul, so saya x boleh nak marahkan dia), masa saya lemah dia bagi saya semangat, bila saya memerlukan seseorang untuk meluahkan apa saja dia tetap ada gan saya (waktu dia x jadi chipmores la),  saya suka buat perangai sebab saya rasa saya bukan lah seorang wanita yang baik untuk dia, waktu tu dia boleh buat  x tahu jer (sakit x ati, memang sakit ar, tp kena la sabar sikit)......


Saya tidak penah mengucapkan kata yang baik2 untuk awak kan (ego la tu), tetapi saya nak awak tahu saya dah mula bukakan pintu hati saya untuk awak, saya dah boleh terima awak dan sudah mula menyukai awak, walaupun awak x penah tahu dan x penah mengambil tahu, tetapi ini adalah luahan ikhlas dari hati saya, harap awak akan dapat memahami nye.......awak kata penah memohon doa yang baik2 saje antara saya gan awak, harap apa yang awak cakap kan tu betul dan semoga doa2 awak tu d makbulkan Tuhan (saya juga mempunyai harapan yang sama), Amin................

Note : terasa tetiba touching pulak, tapi ini adalah luahan ikhlas dari hati saya untuk awak wahai Chipmores....(perlukah saya gelak waktu ini, oooo tidak ini adalah topik yang serius, bak kata Chipmores saya, boleh x serius jap dalam masa 1 minit kerana skrg ini kita berbincang mengenai topik yg serius), hahaha waktu jiwa kacau saya x boleh nak serius sgt, mula la saya jadi cam x betul........tetapi (ada tetapi lagi ni) ayat2 serius yang saya tulis d atas adalah benar belaka dan x de kaitan yang masih hidup @ yang dah meninggal dunia (apa yang sedang saya cakapkan sekarang ni, aduiii saya dah pening ker), daaaaaaaaaaaaa


JUS DIVAS (JUS UNTUK KURUS)

JUS DIVAS KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA PRODUK INI : ✔ Membantu proses penghadaman. ✔ Membantu merawat sistem penghadaman. ✔ Menghilangkan gum...