Ahad, 29 Mei 2016

Sabah, Pulau Manukan dan Pulau Manutik

     Setelah selesai program di Labuan kami ke Kota Kinabalu, ermmm panjang cerita nye sbb perjalanan dari Labuan ke KK mengambil masa yang sangat panjang so cerita pun panjang la, nak citer sikit jer x mau panjang sbb sat agi nak tepek gambar jer

     Ok dari Labuan kami terpaksa menaiki feri, feri ni ada 2 jenis kalau nak lama abik feri slow yang akan memakan masa dalam 2 hingga 3 jam, tetapi kami nak cepat ok, kami naik speed boat cuma abik masa dalam 20 hingga 30 minit jer, besttttttttt laju bagat boat tu, lepas tu sampai la Menumbok, Menumbok ni dah termasuk dalam Negeri Sabah dah, cuma untuk ke KK akan abik masa lagi 3 jam sbb menumbok ni macam penghujung Sabah

     Naik bus ke KK mengambil masa 3 jam, sempat tido dan menikmati perjalanan yang menyeronokkan di dalam bus itu, tinggal 3 jam berlangsung dah sampai KK, dari bandar KK nak mencari hotel bajet lak, so kami sewa hotel bajet jer dalam RM70 1 malam harga yang ok la bagi kami yang ala2 pelancong ni, haha

    Nak promote hotel A & J tempat kami bermalam, tempat yang sangat stategik, d sebelah depan jalan ada tempat makan, d tepi tempat makan ada Pasar Filipina dan pasar tempat shopping barang2an lain serta makanan, ni port yang paling best ialah di bawah hotel kami ada pasar malam yang di buka tiap2 malam, hehe sempat beli keronsang mutiara n t'shirt I Love Sabah :)

    Dah-dah x nak citer nak panjang nak tepek gambar keseronokkan kami semasa bercuti di Pulau Manutik dan Pulau Manukan, yahooooooooooooo








Nak kena citer ke apa kena mengena gambar2 ni semua, rasa nye x yah kut, tengok gambar dan dapat mengambarkan apa yang terjadi, tadaaaaaaaaaaaa

Note by Nokeys : seronok dah pandai berenang walaupun kena pakai life jacket, tetap mencuba The Best, lalalala

Tiada ulasan:

JUS DIVAS (JUS UNTUK KURUS)

JUS DIVAS KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA PRODUK INI : ✔ Membantu proses penghadaman. ✔ Membantu merawat sistem penghadaman. ✔ Menghilangkan gum...