Jumaat, 3 Ogos 2012

Telekung Sembahyang

     Cantik tak telekung sembahyang saya yang dalam gambar kat atas, hehe ada citer pasal telekung ni semasa saya pi sembahyang terawih kat surau dekat rumah, pada satu malam tu saya terpandang seorang makcik ni yang telah memerhati saya, saya pun pelik juga, tapi buat2 biasa jer, ok

     Pada malam selepas tu tetiba makcik ni ada kat sebelah saya dan telah memegang telekung sembahyang saya lalu berkata "cantik nye telekung ni, beli kat mana ?", saya buat muka2 senyum beli kat Indon, "ooo telekung Indon, beli kat Bandung ke ?", x la beli kat Jakarta

     Ermmm semua orang ingat klu nak shopping tudung kat Bandung je ke, kat Jakarta pun ada la, eh eh bukan nak berlagak maksud saya dalam cerita ni adalah klu ikutkan sebenar hukum agama bertelekung sembahyang yang cantik dan menarik perhatian jemaah lain adalah tidak elok, rasa nye malam seterusnye saya terpaksa tukar pakai telekung sembahyang yang lain ler

Note By Nokey's : tujuan sebenar bukanlah untuk menunjuk-nunjuk cuma sangat suke melihat telekung sembahyang yang bercorak cantik dan berwarna-warni, itu sajer, dah ada 2 koleksi tudung di beli di luar negara iaitu Indon dan Vietnam, apakah destinasi pencarian telekung sembahyang yang seterusnye, kita tunggu yer, chowwww

Token Rapid KL


     Salam, cantik tak token ni teringat lak masa zaman gi fun fair dulu2 dan semasa main games yang bebayar di pusat2 beli belah @ tempat games la, dah x berapa ingat la tu zaman dulu2, sekarang ni rapid KL pun guna token seakan sama dengan token yang penah saya lihat dulu, bukan nak citer pasal token ni ke apa, dari segi perlihatan saya token ni x de la cantik, biasa jer, tapi yang membuatkan saya teruja adalah first time menggunakan token ni kat LRT, almaklum la jarang2 naik LRT, Komuter dan Bus jadi x reti, hehe malu nye, time tu nasib baik pegi gan kawan dia yang tolong ajarkan klu tak ??? terkial-kial saya kebetulan masa tu orang yang kat belakang dah beratur panjang, nak beli kat kaunter memang kaunter tu dah x layan beli2 manual semua sekarang secara auto, eee canggih sungguh zaman sekarang kan3

     Lepas ni saya takut dah nak naik LRT, Komuter dan Bus seorang diri sebab nye belum pandai lagi nak beli benda ni pakai mesin dia, aduhaiii kenapa perlu pakai token, kalau nak pakai pun kalau orang yang x pandai macam saya buka la kaunter pertanyaan tu cepat sikit urusan saya, kalau di fikirkan balik sistem canggih menggunakan sepenuhnye mesin atau dengan kata lain secara outo maka dengan ini tenaga kerja boleh dikurangkan tetapi ada tetapi ni tau peluang pekerja bagi yang belum bekerja dah semakin berkurangan so ini la 1Malaysia, nak cakap lebih2 kan ...... faham2 sendiri je ler, suka kata Nabil Raja Lawak " LU FIKIR LA SENDIRI " kuang3, daaaaaaaa

Note By Nokey's : suka berfikir untuk orang lain dan akan sentiasa berfikir dan terus berfikir ???

JUS DIVAS (JUS UNTUK KURUS)

JUS DIVAS KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA PRODUK INI : ✔ Membantu proses penghadaman. ✔ Membantu merawat sistem penghadaman. ✔ Menghilangkan gum...