Hanya 3 Jam


     Bercerita mengenai tidur, @ now terpaksa mengadaikan masa tidur saya sejak bergelar Student ePJJ, dulu hari minggu lepas sembahyang subuh sambung tido balik & malam pun tido agak lewat, tetapi sekarang masa tido dah x menentu, kekadang buat assignment sehingga ke lewat pagi, sudah mengalami itu semua kerana telah berlaku 1 kejadian, baru 1 tau, tidak 2 dan belum masuk lagi 3 iaitu pada 07.07.2012 (Sabtu), dari pagi sampai ke pagi pulak baru siap assignment dan tido, huhu, tido kul 3 pagi lepas tu kul 6 pagi Ahad (08.07.2012) dah kena bangun coz nak pegi Sekolah, Sekolah saya agak jauh dari rumah, perjalanan abik masa dalam 45 minit so kena bangun awal dan bertolak dari rumah pun kena awal, kelas start kul 8.30.

     Pengalaman menjadi student ePJJ amat memenatkan di tambah lagi saya adalah seorang pekerja yang setiasa  sibuk dengan keje, dah la badan penat, ditambah lagi dengan belajar otak pula jadi penat, badan pun sakit2 sebab kena travel dari rumah ke sekolah, duit minyak kereta n tol x yah cakap la, ermmmm, tetapi semua tu perlu difikirkan sangat kerana untuk meneruskan azam saya agar bejaya dalam hidup, bak kata pepatah " Nak Berjaya Mestilah Kena Rajin Belajar Dan Belajar ".

Note : Sebenarnye sekarang ini saya sedang mengalami tahap stress yang amat kritikal oleh kerana tekanan kat tempat keje dan ini boleh menggangu akan kesemuanye, Ya Allah saya sudah tidak kuat. ~ down ~

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Set DMS360 (3 In 1)

VITAMIN C ROSEHIP 1000MG FROM UK

TABITA SKINCARE (TRIAL SET)