Jumaat, 20 Julai 2012

Perkongsian .... Puasa

Assalamuallaikum ....................

     Bersempena kita akan menyambut Bulan Ramadhan esok iaitu pada 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 Masehi maka suke hati nye saya di sini bersedia untuk berkongsi dengan semua orang serba sedikit mengenai puasa, ok kita mulakan dulu dengan : 


Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan :


Lafaz niat : “Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”

Niat : Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala. 


Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari) :


Lafaz niat : “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”

Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



Waktu berniat :

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). 

Bermakna, niat puasa boleh dilakukan pada mana-mana bahagian dalam waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Nota by Nokey's : 

Sangat seronok untuk berkongsi ilmu dan semoga kita mendapat manfaat bersama, diharapkan puasa tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sebelumnye, sama2 lah kita berusaha mencari keberkatan dan keredhaan Ilahi, InsyaAllah, Aminnnnnnnnnn .............................


1 ulasan:

Liza Razak berkata...

thanks for sharing sis...salam ramadhan :)

JUS DIVAS (JUS UNTUK KURUS)

JUS DIVAS KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA PRODUK INI : ✔ Membantu proses penghadaman. ✔ Membantu merawat sistem penghadaman. ✔ Menghilangkan gum...