Rabu, 25 Julai 2012

~ Nokeys Enterprise (002103021-K) ~: Tukar RM20 Kepada RM1,560 Dalam 4 Minggu!

~ Nokeys Enterprise (002103021-K) ~: Tukar RM20 Kepada RM1,560 Dalam 4 Minggu!: ***  SAP Venture I  *** Tukar RM20 Kepada RM1,560 Dalam 4 Minggu! Tak perlu cari orang Tak perlu promosi Tak perlu siar iklan Tak ...

Fakta @ Auta

     Bulan puasa ni mesti kita semua akan mencari Buah Kurma atau dalam bahasa Arab nye ialah Buah Tamar, Buah Kurma ni elok untuk kesihatan sebab apa saya kaya kata elok kerana dia boleh mengenyangkan perut kita, bayangkanlah sewaktu berbuka puasa kita cuma abik 2 biji sahaja dan diminum bersama air kosong, lepas tu dah boleh pergi Sembahyang Terawih, sama juga semasa bersahur cuma perlu abik 2 biji sahaja dan diminum bersama air kosong ker atau pun hendak diminum dengan susu atau air milo pun boleh ..........., perut kita akan berasa kenyang sepanjang hari dan tekak pun tidak berasa kering, InsyaAllah
     Agak2nye cerita saya ni lari daripada tajuk tak ???, ok2 la saya sebenarnye nak citer mengenai fakta @ auta mengenai Buah Kurma ni, daripada cerita kawan-kawan yang didengari kalau kita hendak membezakan Buah Kurma asli dengan tak asli, asli dengan tak asli apa maksud nye ?, daripada pengertian saya la yang asli adalah tidak bercampur dengan mana2 perisa dan yang tak asli pula mungkin telah dicampur dengan pelbagai perisa, hehehe agak2 jer (konon-konon buat-buat pandai la tu)

     Orang cakap klu Buah Kurma yang asli x kan dikerumi semut dalam erti kata lain ialah semut pun takut nak dekat la, yang x asli pulak pantang di letak di mana-mana mesti akan dipenuhi oleh semut, wow dasyat nye buah ciptaan Tuhan kan3 ???
~ Pokok Kurma yang seakan-akan Pokok Kelapa Sawit, kalau sekali pandang boleh tertukar ni :) ~

Note by Nokey's : terpegun dan sangat mengagumi ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, syukur Alhamdulillah, sentiasa berfikir dan terfikir akan keindahan Pencipta Alam ini :)

Jumaat, 20 Julai 2012

Perkongsian .... Puasa

Assalamuallaikum ....................

     Bersempena kita akan menyambut Bulan Ramadhan esok iaitu pada 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 Masehi maka suke hati nye saya di sini bersedia untuk berkongsi dengan semua orang serba sedikit mengenai puasa, ok kita mulakan dulu dengan : 


Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan :


Lafaz niat : “Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”

Niat : Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala. 


Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari) :


Lafaz niat : “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”

Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



Waktu berniat :

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). 

Bermakna, niat puasa boleh dilakukan pada mana-mana bahagian dalam waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Nota by Nokey's : 

Sangat seronok untuk berkongsi ilmu dan semoga kita mendapat manfaat bersama, diharapkan puasa tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sebelumnye, sama2 lah kita berusaha mencari keberkatan dan keredhaan Ilahi, InsyaAllah, Aminnnnnnnnnn .............................


Rabu, 18 Julai 2012

Kenangan Mengusik Jiwa.....Aduyaiiii


     Pada 16 - 17 Julai 2012 pihak pejabat ada membuat SKT (sasaran kerja tahunan) di Hotel Vistana Kuala Lumpur, Hotel ni benar2 mengamit memory saya coz dulu semasa belum berpindah di tempat tinggal sekarang saya sempat tinggal di Hostel berhampiran dengan Hotel ni lebih kurang setahun jugak la .........


     Semasa tinggal di hostel itu kawan2 kebanyakkan ramai yang bekerja di Hospital Kuala Lumpur so kerana ramai kawan yang bekerja di situ jadi saya telah diperkenalkan oleh kawan dengan seorang kawan lelaki, ermmmm ........ cerita happy bukan cerita sedih, banyak kenangan yang berlaku di antaranye pada bulan puasa kami sama2 ke surau yang berdekatan untuk solat terawih, kebetulan semasa balik dari Hotel saya telah melalui jalan berhampiran surau itu, terpandang akan surau itu .......... tetiba teringat kat si dia ke manakah menghilang sekarang ni, puasa dah nak dekat tetapi nombor contact dulu dah x aktif .......

     Kami x penah pun bermusuh mungkin ada kesilapan sikit menyebabkan dia merajuk hati dan telah lari jauh dari hidup saya, saya masih menganggap dia kawan terbaik saya tetapi bagi si dia saya ni sudah di anggap apa ???, x penah membenci apa lagi untuk berdendam tetapi keadaan telah memaksa terjadi nye keadaan begini, agak sedih kehilangan kawan yang tersayang, dalam hati tetap berdoa semoga dia happy dan baik2 sahaja walaupun apa jua dan di mana dia berada :)

Note : sentiasa menyayangi kawan-kawan yang pernah hadir dalam hidup saya dan mereka semua adalah yang terbaik, tetap bersyukur Ya Allah .........

Rabu, 11 Julai 2012

Hanya 3 Jam


     Bercerita mengenai tidur, @ now terpaksa mengadaikan masa tidur saya sejak bergelar Student ePJJ, dulu hari minggu lepas sembahyang subuh sambung tido balik & malam pun tido agak lewat, tetapi sekarang masa tido dah x menentu, kekadang buat assignment sehingga ke lewat pagi, sudah mengalami itu semua kerana telah berlaku 1 kejadian, baru 1 tau, tidak 2 dan belum masuk lagi 3 iaitu pada 07.07.2012 (Sabtu), dari pagi sampai ke pagi pulak baru siap assignment dan tido, huhu, tido kul 3 pagi lepas tu kul 6 pagi Ahad (08.07.2012) dah kena bangun coz nak pegi Sekolah, Sekolah saya agak jauh dari rumah, perjalanan abik masa dalam 45 minit so kena bangun awal dan bertolak dari rumah pun kena awal, kelas start kul 8.30.

     Pengalaman menjadi student ePJJ amat memenatkan di tambah lagi saya adalah seorang pekerja yang setiasa  sibuk dengan keje, dah la badan penat, ditambah lagi dengan belajar otak pula jadi penat, badan pun sakit2 sebab kena travel dari rumah ke sekolah, duit minyak kereta n tol x yah cakap la, ermmmm, tetapi semua tu perlu difikirkan sangat kerana untuk meneruskan azam saya agar bejaya dalam hidup, bak kata pepatah " Nak Berjaya Mestilah Kena Rajin Belajar Dan Belajar ".

Note : Sebenarnye sekarang ini saya sedang mengalami tahap stress yang amat kritikal oleh kerana tekanan kat tempat keje dan ini boleh menggangu akan kesemuanye, Ya Allah saya sudah tidak kuat. ~ down ~

JUS DIVAS (JUS UNTUK KURUS)

JUS DIVAS KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA PRODUK INI : ✔ Membantu proses penghadaman. ✔ Membantu merawat sistem penghadaman. ✔ Menghilangkan gum...