Jumaat, 15 Jun 2012

Seindah Sakura


Layan jugak cerita ni, lagu pun best, nak tepek sikit lirik lagu ni :~


Lirik Lagu Buatku Di Sana - Mafa Feat Ronnie

Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana

Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati


Meh nyanyi sama-sama, hohoho



Dah Last Pun, huhu ~~~~~~~~~~~>

Khamis, 14 Jun 2012

Orang Melayu Berniaga

Bukan nak mengutuk dan mengata tapi dasar bangsa Melayu memang macam ni la, tetapi tak semua ok (ada tetapi tu), ada yang kadang2, ada yang jarang2, nak cepat untung, nak cepat kaya, lepas tu barang dah laku sikit mula la nak naikkan harga, lepas tu jual barang bukan nye elok pun, kalau elok ok jugak, bukti =====>

Jam tangan ni, masa saya nak beli satu hal bukan main liat lagi nak menjawab pertanyaan costumer dengan muka masam lagi (nak berniaga kena lah maniskan muka tu wahai cik abang n cik kak), tanya sepuluh patah jawab nye satu patah jer

Setelah balik ke rumah x sampai beberapa minit pun jam tu dah mati, masa nak beli tanya semua ok, saya sabar lagi, cuba pulak ke kedai jam lain untuk untuk repair @ tukar bateri kut yang sedia ada ni kehabisan bateri, orang cina kat kedai jam tu cuba tukar bateri tapi tak ok jgk, ni bukan sebab bateri tetapi mesin kat dalam tu sudah rosak, kalau di tukar mau nye harga repair mesin dalam jam tu lebih mahal daripada saya membeli sebuah jam ini, jadi difikir fikirkan balik biar lah dulu

Balik ke rumah dengan perasaan menyampah dan bermacam2 lagi saya telah membuang jam ini ke dalam tong sampah, x mau tengok lagi klu saya tengok mesti rasa geram dan faham2 lah apa perkataan yang akan dikeluarkan nanti

P/S : Gambar jam tu di ambil semasa nak gi repair dan masa tu masih belum di buang ke dalam tong sampah lagi, sekarang ni jam tu dah selamat sampai ke mana2 ntah ...........

Isnin, 11 Jun 2012

Karnival KADA 2012

Karnival KADA 2012 yang di adakan pada 7 - 10 Jun 2012 bertempat di Dataran KADA, Kok Lanas.

Nak cerita keterujaan saya bila kat sana, benda tak di rancang pun, kebetulan kena pada hari cuti sekolah dan pada masa itu saya bercuti balik ke Kampung

Bila dengar khabar ada Team Bola Sepak The Red Worriors datang pada Karnival tersebut terus bergegas ke sana, lagi pun rumah saya di Kampung dekat sesangat gan Dataran KADA ni

Beberapa gambar yang sempat di snap menggunakan HP murah saya, hohohoho



 ~ Piala2 dan Hadiah2 yang dimenangi oleh Team TRW ~


~ Tan Sri Anuar Musa menandatangani di baju seorang peminat cilik ~


~ Sayang nye rasa nak makan Mamee ni coz ada gambar pemain bola TRW yang sangat saya minat, hehe ~

KKK, baiiiiiiiiiiiiii

Ahad, 10 Jun 2012

Pendaftaran sebagai Pelajar Baru @ UiTM


Alhamdulillah tanggal 30 Mei 2012 saya selamat mendaftarkan diri sebagai Pelajar baru di UiTM, abik Program PJJ jer, kalau ikutkan tarikh sebenar kena daftar adalah pada 19 Mei 2012, kebetulan pada tarikh tersebut saya telah berangkat dan bercuti di Vietnam

Ok la, pendaftaran pada hari itu berjalan dengan lancar, nak kata x de masalah tu tipu la, dengan x tahu jalan lagi, dengan hujan lagi, tetapi semua tu tak mematahkan semangat saya yang terlalu kuat ini, haha kuat la sangatttttt..................

Berdebar untuk memulakan Kursus yang pertama pada 24 Jun 2012 nanti, macam2 yang bermain di fikiran, hanya doa yang mampu saya mohon untuk meneruskan pembelajaran ini sehingga selesai semuanye, Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Sabtu, 9 Jun 2012

First Time :-)



Hehehe, testing testing testing, first time cuba menulis blog dengan menggunakan Samsung Galaksi Tab, entah menjadi ke tak ni, x salah mencuba kan3, klu menjadi lain kali boleh mencuba lagi kan3, berapa byk kan lah ..................

Sebenarnye x pandai pun nak menulis blog menggunakan Tab ni, tapi takpe sesekali mencuba dan sesuke hati jer jari jemari ni menekan huruf dan nombor di touch skrin ni ...................

Kita tengok hasil nye macam mana, tadaaaaaaaaa, ok tak ???

Published with Blogger-droid v2.0.4

JUS DIVAS (JUS UNTUK KURUS)

JUS DIVAS KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA PRODUK INI : ✔ Membantu proses penghadaman. ✔ Membantu merawat sistem penghadaman. ✔ Menghilangkan gum...