Isnin, 31 Oktober 2011

Cenderamata from Beijing, China

TQ to My Boss (Encik Shariff bin Apen) kerana memberi cenderamata yang cantik ini from Beijing, China, saya sangat suka, lain kali bagi lagi lah yer, hehehe............

很喜欢,谢谢

~> Kurang Sihat <~

~
Salam.....hari ini saya kerja tetapi didalam keadaan yang x berapa sihat, dengan badan lemah saya datang juga ke opis memandangkan keje yang berlambak2 itu, so buat keje pun dalam keadaan yang tidak bersemangat, walaupun dengan itu saya tetap menjalankan kewajipan sebagai seorang pekerja yang jujur (ngeh3, jujur ker ?, hanya Allah sahaja yang mengetahuinye, diharapkan gaji yang saya terima adalah halal, amin.....) 

Tekak ni terasa pedih n badan lak sengal2, biasa nye kalau macam ni lah gaya nye macam nak diserang selsema, ini adalah dugaan hidup bagi saya, pepatah ada mengatakan sakit dapat menghapuskan dosa-dosa kecil, diharapkan betul pepatah itu.....betul ke tak ni ??? ada sape2 boleh bagi jawapan, sila2 lah, huhuhu :) :) :) 

~> HATI.....Jagailah dia

HATI.....banyak benda yang berkaitan dengan hati, tetapi entri kali ini berkenaan dengan hati daripada manusia yang tidak dijaga maka ianya menjadi :~
  • BERKECAI
  •  RETAK
  •  SAKIT
  • HANCUR
Maka jagalah hati itu bagai menatang minyak yang penuh jika kamu tidak mahu apa berlaku seperti contoh diatas.....

Note : masih x ada idea tetapi tetap nak meluahkan, so gambar sahaja yang boleh mengambarkan segala nye,   I M SORRY.....

Oleh Kerana Sebuah Senyuman

Ini adalah cerita panas !!!, erm.....benda ni memang dah lama saya x suke berkenaan gan housemate yang selalu membawa keluarganya datang kerumah, kalau sekali sekali tu takpe la ni boleh dikatakan tiap2 minggu, hot dan geram sangat saya, siap bawak ayah nye sekali, kenapa x bawak satu kampung sekali kan senang, huhuhu.....

Saya bukannya apa kalau dah ada orang lain kat rumah semua keje tertunggak nak buat itu ini pun x boleh, tambah2 lagi klu orang lelaki ada didalam rumah tu lagi la (faham2 je la, saya ni jenis yang bertudung, so klu ada orang lelaki kat dalam rumah, aurat tu), yang housemate ni takpe la memang jenis x bertudung so klu ada sesiapa pun aurat x dikiranye (tp nak mengata sikit la, saya rasa housemate ni jenis orang x beradat la, x tahu buruk baik n batas2 agama).....

Nak ceritakan semalam family dia datang lagi, aduiii saya memang sangat hot, klu dah datang rumah orang tu pandai2 lah bawa diri, ni semua benda habis digunanya, yang paling2 saya hot bila tandas dah bertukar wajah dan berbau semerbak busuknye. Eeeeee tuhan sajer yang tahu, kita yang betul2 tinggal kat dalam rumah tu bukan kemain jaga, dapat kat orang luar ermmm x leh nak cakap apa.....
 
 Hot punyer pasal dah terbawa2 ke pagi ni, dalam kereta saya duk membebel seorang2, macam2 kata2 x sedap didengar kuar dari mulut saya ni (orang tengah marah biasa la, time ni bunuh orang pun x sedar, haha), ok dalam perjalanan ke opis ada satu gerai menjual makanan untuk makan pagi, tuan punyer kedai lak orang Kelantan jadi memang kena la gan selera saya, ari ni saya beli nasi kerabu n kuih 3 ketul = RM5.20, tetapi dalam kelam kabut dan nak cepat saya dah terbagi RM7, lepas tu makcik tu bagi lagi RM1, makcik tu sebab orang ramai dia pun dah pening, lepas tu saya gan dia dua orang leh tergelak, hahaha.....
 Pengajaran : Oleh kerana satu senyuman dan gelakkan saya telah lupa bahawa tadi saya berada didalam keadaan hot, terus dan x ingat dah apa yang berlaku sebelum tu, ermmm.....hendaklah sentiasa tersenyum tetapi klu senyum dibuat2 dan x ikhlas pun x ok gak kan.....betul tak ??? daaaaaa

Sedih nye , Putus Cinta

Salam, pagi tadi jumpa dengan seorang kawan yang berpangkat adik, sembang2, cerita la sikit, alkisah dulu memang saya sangat rapat dengan nye, kemudian dia telah bercinta dengan seorang perempuan yang saya agak kenali, perempuan yang dia couple tu sebenarnye pada pandangan orang lain adalah seorang perempuan yang kurang elok perangai, setelah di tegur oleh kawan2 lain, saya sendiri bagi pendapat bahawa klu boleh menjauhi perempuan itu elok d jauhi sajer, tetapi kerana perasaan suka adik angkat saya ini meneruskan hubungan juga, ok la saya tengok perhubungan berjalan lancar so saya x nak byk komen.....
Setelah sekian lama di pertemuan tadi baru lah d ceritakan segala nye bahawa adik angkat saya ni sudah putus dengan ex-girlfriend nye, khabar2 angin yang di dengar sebelum ini adalah benar belaka.....
Nasihat saya kepada adik angkat saya itu, kena kuat n tabah untuk menghadapi nye, hidup mesti d teruskan, kena menceriakan diri dan jangan mengikut perasaan, yang berlaku mungkin ada hikmah yang Allah hendak berikan kepada hamba nye.....
Tengok macam kakak dia ni, walau apa yang terjadi kena meng happy kan diri, segala masalah boleh d selesaikan yang penting tutup buku lama bukak buku baru, x gitu, hehehehe...........

Bila Ketabahan itu Datang dalam Diriku

Alhamdulillah jika ketabahan itu datang, diri akan menjadi begitu tenang, terima kasih Ya Allah kerana memberi ketabahan itu yang bukan sentiasa berada didalam diriku, bila ianya datang segala urusan menjadi mudah, ku tak kan cepat melenting, apa2 pun yang berlaku dapat diterima dengan begitu senang hati dan berlapang dada.....
Jarang sangat dapat ku temui saat ini kerana hidup dipenuh dengan dugaan dari segi pekerjaan dan segalanya, memang Allah sentiasa akan menguji hambanya, dan oleh itu ku selalu berdoa semoga hidup ini di berikan semangat yang kuat, ketenangan, kebahagian, diberkati, murah rezeki dan lain-lain.....
Semoga kedua orang tuaku akan menerima tempias dari doa-doa anakmu ini, semoga orang tuaku tak akan merasa terbeban kerana mendapat anak seperti ku dan semoga orang tuaku juga mendapat limpahan kurniaan darimu Ya Allah.....Amin

ISTANA NEGARA , wow Kenangan Terindah

Salam, hari ni cuma nak berkongsi satu pengalaman indah iaitu first time menjejakkan kaki ke dalam Istana Negara, perasaan masa tu ? ermmm, dag dig dug berdebar jantung ku, haha terpegun pun ada dan macam2 lagi perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata2, cuma sesiapa yang melalui nye akan merasai sendiri.....

Ceawahhh, mesti ada yang tertanya-tanya buat apa saya kesana, saya cuma meneman kan bos ke sana untuk raptai satu acara yang berkaitan buku dan kerabat di raja, sebenarnye nama bos besar yang naik, oleh kerana di waktu ini bos besar berada di Jerman so bos yang kedua yang menggantikan nye......

Alhamdulillah dalam usia begini dapat juga saya merasa dan menengok sendiri upacara bagi istiadat di raja, bagi yang x biasa upacara ini agak leceh kerana banyak protokol yang perlu di patuhi, bagi kakitangan kerajaan saya rasa mesti sudah tahu kerana di dalam pekerjaan juga kami telah di ajar dengan adab sebegini.....

Ok, saya ceritakan sedikit perjalanan kami, saya, bos n seorang lagi kawan kami bertolak dari opis pukul 1.30, dalam kul 2 nak dekat sampai kami singgah makan berhampiran situ, singgah 1 kedai makan ikan bakar berhampiran Kem Sungai Besi, boleh tahan jugak makan kat situ, sudah makan kami bergerak ke Istana tetapi sebelum masuk dikehendaki meninggalkan ic, setelah masuk ke dewan satu raptai penuh di mulakan, seronok jugak menengok nye, ada pembarisan dari Kadet Tentera dari Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), siap raptai kami d bagi makan.....

Sambil2 tu saya sempat jugak la mengambil gambar 2 3 keping, hehe, klu ikut formal memang x boleh mengambil gambar dalam dewan istana tu, tetapi oleh kerana ini raptai sahaja jadik saya curi2 la abik, bukan nye apa, untuk kenangan sajer, dah siap raptai kami pun bertolak balik ke opis, esok ada lagi raptai nye tapi saya x nak ikut sudah, byk keje lagi kat opis tu, dapat merasa pijak kaki ke dalam Istana Negara sekali pun jadi la, huhu, nasib baik jalan x jem so kami boleh sampai kat opis dalam kul 6.45, duk relax2 jap kat opis, kul 7 mlm saya gerak balik ke rumah, aduiiii baru la terasa penat nye.....

Oleh kerana terlalu penat malam ni saya nak tido awal, lalala, pas isyak terus zzz, haha I Like walaupun ada keje nak d sattle kan d rumah, takpe la ada masa esok kita sambung ek.....okies daaaaaa

 ~ suasana dalam dewan ~
 ~ makanan yang kami makan, buat kenangan logo kat atas tu ~
 ~ sudu pun siap ada logo, walaupun kabur2 jer, sebab warna emas so lawan dengan cahaya dia jadi malap ~
 ~ wah tisu pun siap ada logo Kerajaan Malaysia gitu ~

Note : hari ini walaupun terasa penat saya tetap happy, Alhamdulillah masih bahagia untuk menjalani liku2 kehidupan, Ya Allah semoga ku di berikan ketabahan dalam menjalani hari-hari yang mendatang, ku bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh mu Ya Allah, Aminnnn............

JUS DIVAS (JUS UNTUK KURUS)

JUS DIVAS KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA PRODUK INI : ✔ Membantu proses penghadaman. ✔ Membantu merawat sistem penghadaman. ✔ Menghilangkan gum...