Khamis, 29 September 2011

Merajuk, Tajuk x leh Blah, hahaha

Merajuk.....aduhaiiii x boleh blah betul la tajuk, konon-konon la (malu), sebenarnya tajuk ni ada kena mengena gan saya, saya memang suka merajuk, entah la saya pun x suke jadi macam ni tapi..... memang ditakdirkan saya begini, saya pun x tahu nak buat macam mana, merajuk ada kebaikan dan banyak jugak mendatangkan keburukkan, saya berdoa jika d temukan jodoh pada satu hari nanti berharap si dia dapat memahami dan menerima perangai buruk saya ini seada nye (di dalam hati, harapan tetap ada).........
  • Merajuk hati gan yang tersayang boleh menyebabkan hubungan menjadi renggang
  • Merajuk hati gan yang kawan2 boleh menyebabkan persahabatan menjadi pudar
  •  Merajuk hati boleh menyebabkan kita bersendirian
  • Dapat bunga cam ni kan best, romantik nye, konon2 berangan la ada orang nak bagi bunga
  • Grrrrr.....yang ni paling x best, orang lelaki merajuk, macam mana nak pujuk ni, pleaseee la (tolong jangan merajuk ok, awak tau x bila awak merajuk, awak akan nampak ???, sangat ~ ah x yah cakap la, faham2 je la, klu x faham, buat2 faham, hahaha), terus terang saya cakap ni, saya x pandai nak pujuk orang tau, bila orang merajuk apa yang akan saya buat, jawapan nye, saya buat x tau jer la.....
Moral Of Story : nak merajuk pun tengok keadaan jugak k, kalau orang yang x suke dia akan kata menyampah betul la dia ni, buang masa aku jer.....oleh itu untuk memujuk hati sendiri walaupun merajuk buat jer cam x der apa2 yang terjadi.....ok seri x .....0 - 0

Ludah Jilat Balik, Ermmmm

Entri ni di kuarkan sebab mengingati seorang teman lama, dengan ego nye kata seorang lelaki telah d kuarkan dari mulut nye, perkataan apa tu, ermmm macam dalam gambar ni la, lebih kurang jer tp kawan lama nyer berbunyi cam ni (saya sekali ludah x kan jilat balik), kata2 itu tergiang2 d telinga saya sehingga kini dan selamanye, bukan nak mengungkit tetapi setiap kata2 yang kita keluarkan @ perbuatan yang kita lakukan akan berpatah balik kepada kita, so untuk pengajaran berfikir dulu untuk berkata2, silap kata buruk padah nye, kata2 yang d keluarkan x dapat d tarik balik, melainkan perahu jika telajak boleh kita undurkan balik........


Tapi betul la kan pepatah yang saya dengar sebab sekarang kata2 yang di keluarkan orang oleh teman lama saya itu dengan egonye telah berbalik kepada diri nye sendiri..........

Moral Of Story : bagi saya semua dah berlalu dan telah berakhir, bukak buku baru n tutup buku lama, sejarah x mungkin berulang lagi (macam lagi kumpulan New Boys lak dah), saya bahagia dengan kehidupan saya kini dan x de masa nak mengingati sejarah yang telah lampau, saya x penah pun menganggu kehidupan awak, so dengan kata yang sangat berlapik awak jangan lah kacau hidup saya, perjalanan hidup kita sudah berlainan arah sekarang, wslmmmmmmmm (aikss geram jer nampak, hehehe, cuma meluahkan apa yg terbuku d dlm hati sahaja), Okey tak ???

Gelak ek....suke ati ker ???

Gemuk ~> alahaiiii saya x kisah pun, tapi ??? .......



Gemuk....alahaiiii saya x kisah pun bila badan saya naik, tapi bila jumpa kawan2 lama x sedap pulak nak dengar citer ni, dia orang tegur sebab dulu asal nye saya tersangat la kursus kurus, entah kenapa tetiba badan saya boleh naik, orang cakap senang hati, tetapi saya ni susah hati ke senang hati ke makan tetap berselera tambah2 lagi bila susah hati... lagi la saya mau makan selalu, hahaha (gelak confius), nak citer kat orang sebab apa badan jadi gemuk pun saya x tahu, cecuba gak mencari dalam internet apa sebab nye, mencari dan terus mencari fakta2 itu maka tidak d jumpai jugak, jadi saya buat fakta dari pemikiran sendiri, boleh ???, boleh ke tak ni ???, apa2 pun saya nak bagi jugak, ada saya kisah, kikikiki

Fakta dari pemikiran sendiri :~
  • Faktor Usia
  • Faktor Pemakanan
  • Faktor Keturunan
  • Perubahan Hormon
  • Kurang Bersenam
  • Kuat Tidur
Apa lagi ek ???, tu jer yang ada di fikiran saya ini, kalau ada sesiapa yang nak tambah di alu-alukan, Sekian Terima Kasih........

JUS DIVAS (JUS UNTUK KURUS)

JUS DIVAS KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA PRODUK INI : ✔ Membantu proses penghadaman. ✔ Membantu merawat sistem penghadaman. ✔ Menghilangkan gum...