Isnin, 31 Oktober 2011

Oleh Kerana Sebuah Senyuman

Ini adalah cerita panas !!!, erm.....benda ni memang dah lama saya x suke berkenaan gan housemate yang selalu membawa keluarganya datang kerumah, kalau sekali sekali tu takpe la ni boleh dikatakan tiap2 minggu, hot dan geram sangat saya, siap bawak ayah nye sekali, kenapa x bawak satu kampung sekali kan senang, huhuhu.....

Saya bukannya apa kalau dah ada orang lain kat rumah semua keje tertunggak nak buat itu ini pun x boleh, tambah2 lagi klu orang lelaki ada didalam rumah tu lagi la (faham2 je la, saya ni jenis yang bertudung, so klu ada orang lelaki kat dalam rumah, aurat tu), yang housemate ni takpe la memang jenis x bertudung so klu ada sesiapa pun aurat x dikiranye (tp nak mengata sikit la, saya rasa housemate ni jenis orang x beradat la, x tahu buruk baik n batas2 agama).....

Nak ceritakan semalam family dia datang lagi, aduiii saya memang sangat hot, klu dah datang rumah orang tu pandai2 lah bawa diri, ni semua benda habis digunanya, yang paling2 saya hot bila tandas dah bertukar wajah dan berbau semerbak busuknye. Eeeeee tuhan sajer yang tahu, kita yang betul2 tinggal kat dalam rumah tu bukan kemain jaga, dapat kat orang luar ermmm x leh nak cakap apa.....
 
 Hot punyer pasal dah terbawa2 ke pagi ni, dalam kereta saya duk membebel seorang2, macam2 kata2 x sedap didengar kuar dari mulut saya ni (orang tengah marah biasa la, time ni bunuh orang pun x sedar, haha), ok dalam perjalanan ke opis ada satu gerai menjual makanan untuk makan pagi, tuan punyer kedai lak orang Kelantan jadi memang kena la gan selera saya, ari ni saya beli nasi kerabu n kuih 3 ketul = RM5.20, tetapi dalam kelam kabut dan nak cepat saya dah terbagi RM7, lepas tu makcik tu bagi lagi RM1, makcik tu sebab orang ramai dia pun dah pening, lepas tu saya gan dia dua orang leh tergelak, hahaha.....
 Pengajaran : Oleh kerana satu senyuman dan gelakkan saya telah lupa bahawa tadi saya berada didalam keadaan hot, terus dan x ingat dah apa yang berlaku sebelum tu, ermmm.....hendaklah sentiasa tersenyum tetapi klu senyum dibuat2 dan x ikhlas pun x ok gak kan.....betul tak ??? daaaaaa

Tiada ulasan:

JUS DIVAS (JUS UNTUK KURUS)

JUS DIVAS KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA PRODUK INI : ✔ Membantu proses penghadaman. ✔ Membantu merawat sistem penghadaman. ✔ Menghilangkan gum...