Isnin, 31 Oktober 2011

Cenderamata from Beijing, China

TQ to My Boss (Encik Shariff bin Apen) kerana memberi cenderamata yang cantik ini from Beijing, China, saya sangat suka, lain kali bagi lagi lah yer, hehehe............

很喜欢,谢谢

~> Kurang Sihat <~

~
Salam.....hari ini saya kerja tetapi didalam keadaan yang x berapa sihat, dengan badan lemah saya datang juga ke opis memandangkan keje yang berlambak2 itu, so buat keje pun dalam keadaan yang tidak bersemangat, walaupun dengan itu saya tetap menjalankan kewajipan sebagai seorang pekerja yang jujur (ngeh3, jujur ker ?, hanya Allah sahaja yang mengetahuinye, diharapkan gaji yang saya terima adalah halal, amin.....) 

Tekak ni terasa pedih n badan lak sengal2, biasa nye kalau macam ni lah gaya nye macam nak diserang selsema, ini adalah dugaan hidup bagi saya, pepatah ada mengatakan sakit dapat menghapuskan dosa-dosa kecil, diharapkan betul pepatah itu.....betul ke tak ni ??? ada sape2 boleh bagi jawapan, sila2 lah, huhuhu :) :) :) 

~> HATI.....Jagailah dia

HATI.....banyak benda yang berkaitan dengan hati, tetapi entri kali ini berkenaan dengan hati daripada manusia yang tidak dijaga maka ianya menjadi :~
  • BERKECAI
  •  RETAK
  •  SAKIT
  • HANCUR
Maka jagalah hati itu bagai menatang minyak yang penuh jika kamu tidak mahu apa berlaku seperti contoh diatas.....

Note : masih x ada idea tetapi tetap nak meluahkan, so gambar sahaja yang boleh mengambarkan segala nye,   I M SORRY.....

Oleh Kerana Sebuah Senyuman

Ini adalah cerita panas !!!, erm.....benda ni memang dah lama saya x suke berkenaan gan housemate yang selalu membawa keluarganya datang kerumah, kalau sekali sekali tu takpe la ni boleh dikatakan tiap2 minggu, hot dan geram sangat saya, siap bawak ayah nye sekali, kenapa x bawak satu kampung sekali kan senang, huhuhu.....

Saya bukannya apa kalau dah ada orang lain kat rumah semua keje tertunggak nak buat itu ini pun x boleh, tambah2 lagi klu orang lelaki ada didalam rumah tu lagi la (faham2 je la, saya ni jenis yang bertudung, so klu ada orang lelaki kat dalam rumah, aurat tu), yang housemate ni takpe la memang jenis x bertudung so klu ada sesiapa pun aurat x dikiranye (tp nak mengata sikit la, saya rasa housemate ni jenis orang x beradat la, x tahu buruk baik n batas2 agama).....

Nak ceritakan semalam family dia datang lagi, aduiii saya memang sangat hot, klu dah datang rumah orang tu pandai2 lah bawa diri, ni semua benda habis digunanya, yang paling2 saya hot bila tandas dah bertukar wajah dan berbau semerbak busuknye. Eeeeee tuhan sajer yang tahu, kita yang betul2 tinggal kat dalam rumah tu bukan kemain jaga, dapat kat orang luar ermmm x leh nak cakap apa.....
 
 Hot punyer pasal dah terbawa2 ke pagi ni, dalam kereta saya duk membebel seorang2, macam2 kata2 x sedap didengar kuar dari mulut saya ni (orang tengah marah biasa la, time ni bunuh orang pun x sedar, haha), ok dalam perjalanan ke opis ada satu gerai menjual makanan untuk makan pagi, tuan punyer kedai lak orang Kelantan jadi memang kena la gan selera saya, ari ni saya beli nasi kerabu n kuih 3 ketul = RM5.20, tetapi dalam kelam kabut dan nak cepat saya dah terbagi RM7, lepas tu makcik tu bagi lagi RM1, makcik tu sebab orang ramai dia pun dah pening, lepas tu saya gan dia dua orang leh tergelak, hahaha.....
 Pengajaran : Oleh kerana satu senyuman dan gelakkan saya telah lupa bahawa tadi saya berada didalam keadaan hot, terus dan x ingat dah apa yang berlaku sebelum tu, ermmm.....hendaklah sentiasa tersenyum tetapi klu senyum dibuat2 dan x ikhlas pun x ok gak kan.....betul tak ??? daaaaaa

Sedih nye , Putus Cinta

Salam, pagi tadi jumpa dengan seorang kawan yang berpangkat adik, sembang2, cerita la sikit, alkisah dulu memang saya sangat rapat dengan nye, kemudian dia telah bercinta dengan seorang perempuan yang saya agak kenali, perempuan yang dia couple tu sebenarnye pada pandangan orang lain adalah seorang perempuan yang kurang elok perangai, setelah di tegur oleh kawan2 lain, saya sendiri bagi pendapat bahawa klu boleh menjauhi perempuan itu elok d jauhi sajer, tetapi kerana perasaan suka adik angkat saya ini meneruskan hubungan juga, ok la saya tengok perhubungan berjalan lancar so saya x nak byk komen.....
Setelah sekian lama di pertemuan tadi baru lah d ceritakan segala nye bahawa adik angkat saya ni sudah putus dengan ex-girlfriend nye, khabar2 angin yang di dengar sebelum ini adalah benar belaka.....
Nasihat saya kepada adik angkat saya itu, kena kuat n tabah untuk menghadapi nye, hidup mesti d teruskan, kena menceriakan diri dan jangan mengikut perasaan, yang berlaku mungkin ada hikmah yang Allah hendak berikan kepada hamba nye.....
Tengok macam kakak dia ni, walau apa yang terjadi kena meng happy kan diri, segala masalah boleh d selesaikan yang penting tutup buku lama bukak buku baru, x gitu, hehehehe...........

Bila Ketabahan itu Datang dalam Diriku

Alhamdulillah jika ketabahan itu datang, diri akan menjadi begitu tenang, terima kasih Ya Allah kerana memberi ketabahan itu yang bukan sentiasa berada didalam diriku, bila ianya datang segala urusan menjadi mudah, ku tak kan cepat melenting, apa2 pun yang berlaku dapat diterima dengan begitu senang hati dan berlapang dada.....
Jarang sangat dapat ku temui saat ini kerana hidup dipenuh dengan dugaan dari segi pekerjaan dan segalanya, memang Allah sentiasa akan menguji hambanya, dan oleh itu ku selalu berdoa semoga hidup ini di berikan semangat yang kuat, ketenangan, kebahagian, diberkati, murah rezeki dan lain-lain.....
Semoga kedua orang tuaku akan menerima tempias dari doa-doa anakmu ini, semoga orang tuaku tak akan merasa terbeban kerana mendapat anak seperti ku dan semoga orang tuaku juga mendapat limpahan kurniaan darimu Ya Allah.....Amin

ISTANA NEGARA , wow Kenangan Terindah

Salam, hari ni cuma nak berkongsi satu pengalaman indah iaitu first time menjejakkan kaki ke dalam Istana Negara, perasaan masa tu ? ermmm, dag dig dug berdebar jantung ku, haha terpegun pun ada dan macam2 lagi perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata2, cuma sesiapa yang melalui nye akan merasai sendiri.....

Ceawahhh, mesti ada yang tertanya-tanya buat apa saya kesana, saya cuma meneman kan bos ke sana untuk raptai satu acara yang berkaitan buku dan kerabat di raja, sebenarnye nama bos besar yang naik, oleh kerana di waktu ini bos besar berada di Jerman so bos yang kedua yang menggantikan nye......

Alhamdulillah dalam usia begini dapat juga saya merasa dan menengok sendiri upacara bagi istiadat di raja, bagi yang x biasa upacara ini agak leceh kerana banyak protokol yang perlu di patuhi, bagi kakitangan kerajaan saya rasa mesti sudah tahu kerana di dalam pekerjaan juga kami telah di ajar dengan adab sebegini.....

Ok, saya ceritakan sedikit perjalanan kami, saya, bos n seorang lagi kawan kami bertolak dari opis pukul 1.30, dalam kul 2 nak dekat sampai kami singgah makan berhampiran situ, singgah 1 kedai makan ikan bakar berhampiran Kem Sungai Besi, boleh tahan jugak makan kat situ, sudah makan kami bergerak ke Istana tetapi sebelum masuk dikehendaki meninggalkan ic, setelah masuk ke dewan satu raptai penuh di mulakan, seronok jugak menengok nye, ada pembarisan dari Kadet Tentera dari Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), siap raptai kami d bagi makan.....

Sambil2 tu saya sempat jugak la mengambil gambar 2 3 keping, hehe, klu ikut formal memang x boleh mengambil gambar dalam dewan istana tu, tetapi oleh kerana ini raptai sahaja jadik saya curi2 la abik, bukan nye apa, untuk kenangan sajer, dah siap raptai kami pun bertolak balik ke opis, esok ada lagi raptai nye tapi saya x nak ikut sudah, byk keje lagi kat opis tu, dapat merasa pijak kaki ke dalam Istana Negara sekali pun jadi la, huhu, nasib baik jalan x jem so kami boleh sampai kat opis dalam kul 6.45, duk relax2 jap kat opis, kul 7 mlm saya gerak balik ke rumah, aduiiii baru la terasa penat nye.....

Oleh kerana terlalu penat malam ni saya nak tido awal, lalala, pas isyak terus zzz, haha I Like walaupun ada keje nak d sattle kan d rumah, takpe la ada masa esok kita sambung ek.....okies daaaaaa

 ~ suasana dalam dewan ~
 ~ makanan yang kami makan, buat kenangan logo kat atas tu ~
 ~ sudu pun siap ada logo, walaupun kabur2 jer, sebab warna emas so lawan dengan cahaya dia jadi malap ~
 ~ wah tisu pun siap ada logo Kerajaan Malaysia gitu ~

Note : hari ini walaupun terasa penat saya tetap happy, Alhamdulillah masih bahagia untuk menjalani liku2 kehidupan, Ya Allah semoga ku di berikan ketabahan dalam menjalani hari-hari yang mendatang, ku bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh mu Ya Allah, Aminnnn............

Ahad, 30 Oktober 2011

~> BOWLING @ Sunway Piramid

Semalam (29.10.2011) ada pertandingan bowling yang dianjurkan oleh MESCA KPM, so bahagian saya ada menghantar 2 group, 1 group lelaki yang diwakili oleh 4 orang peserta dan 1 group perempuan yang diwakili oleh 4 peserta jugak, kami punya bahagian x ramai kakitangan so di import permain2 dari bahagian lain, walaupun x pandai main tetapi kami tetap happy kerana bermain bukan untuk memang menang tapi sekadar suka2 jer.....
Permainan diadakan di Sunway Piramid, untuk team lelaki start pukul 9.00 pagi dan bagi team perempuan pulak start pukul 1 petang, oleh kerana team perempuan lambat sikit, so kami bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi, bertolak dari Putrajaya dan melalui jalan pusing2 KL, saja jer ikut jalan jauh sebab nak lari dari jem.....

Sampai kat Sunway Piramid dalam pukul 11.30 pagi, permainan lambat lagi nak start jadi kami lepak2 dulu la, dalam pukul 1.00 petang game pun bermula, lama jgk la lebih kurang dalam pukul 6 petang baru abis, kami main 4 game, hehehe x yah tanya la jawapan nye mesti la kami yang KALAH, walaupun kalah dan tangan dah mula lenguh2 tapi kami tetap still happy.....

Ok, dah abis game kami terus balik ke rumah sebab nak tunggu orang bagi hadiah alamat nye memang kami x kan dapat punyer, balik ke rumah saya yang drive keta + ada lagi 2 orang kawan yang tumpang, tetapi disebabkan kepenatan dia orang semua tido, amboiii byk chantik dia orang dpt layan tido di biarkan saya seorang2 drive k, tp takpe lagu kan ada so saya layankan je la lagu itu (ada saya kisah orang nak tido ke tak janji saya dapat memandu dengan gumbira, hahaha), siap hantar kawan saya singgah kat kedai beli makanan.....perut pun dah siap berbunyik ni, hehehe.....

Sampai rumah, penat + berehat + mandi + makan dan bla3, lepas tu duk depan TV layan bola Negeri Sembilan lawan Terengganu, dah abis bola memang dah x larat sangat so saya pun masuk titow, ZzzzzzzZzzzzz.....
 ~ Sajer letak gambar ni bagi orang yang x penah lagi menjejakkan kaki ke Sunway Piramid, cakap orang saya ini baru kali kedua sampai, al-maklum lah bukan kaki jalanan, ngeh3 ~

Sabtu, 22 Oktober 2011

~> BENCI <~

Benci, benci dan benci, setelah berkawan selama lebih kurang 3 tahun, akhirnye dia telah membuatkan saya sangat membencinye, selama ini semua benda yang berlaku saya terima dengan sabar tetapi bukan untuk kali ini dan satu keputusan muktamad telah saya capai setelah difikir masak2.....
Saya terpaksa membuangnye dalam hidup saya dan jangan mencari saya lagi kerana semua perbuatannye sudah saya maafkan cuma untuk menjadi kawan seperti dulu tidak lagi, saya sudah kecewa, saya sudah serik, saya sudah tidak boleh menerimanye dalam hidup saya lagi, dan saya bla3.....

Hanya tuhan sahaja yang mengetahui hati dan perasaan saya ketika ini, semasa dia susah saya la pertama yang selalu menolongnye, oleh kerana satu sebab saya tidak dapat menolongnye semua perkara telah diungkitnye, ok fine.....waktu kita susah baru kita mengetahui siapa kawan dan siapa lawan, dan saya telah bertekad menghapuskannye dalam hidup saya, saya sudah x mau abik kira apa yang akan berlaku selepas ini kerana saya tidak memerlukan kawan sepertinye, selamat tinggal kawanku yang selepas ini akan menjadi musuhku.....

Note : semasa menulis memang dalam keadaan sedang benci, maka apa yang d tulis saya sendiri pun tidak faham, hehehe.....

Ahad, 9 Oktober 2011

POLITIK <~ punyer pasal

Al-kisah hari jumaat (07.10.2011) saya menunggu la d opis untuk melihat bajet, dah abis saya pun balik ke rumah, sampai kat rumah post wall kat fb pasal bonus, tetiba ada seorang hamba Allah yang sebelum ni x d kenali sangat n x penah komen di fb telah menegur saya berbunyi :~
" banyak sebenarnya yg rakyat malaysia dapat.. syukur je tak payah komplen... sebab kerajaan kena adil jugak.. macamana dengan yg tak kerja kerajaan?? yg kuli batak yg kerja stesen minyak.kerja sawit.. kalo bagi bonos 2 bulan.. kerajaan kena belanja cecah billion gak..baik benda tuh disalurkan kepada rakyat seperti melalui sektor pendidikan , dan makanan dengan bagi subsidi dan sebagainya.. alih alih..kita dapat merasa gak walapun duit tuh tak terus masuk ke akaun kita sekaligus.. cuma ini kena pikir secara rasional je.. jgn pentingkan diri.. bab duit ni tak pernah nak cukup..kalo kerajaan bagi 2 juta sorang pun aku rasa ada lagi yg mengeluh tak cukup.. "
Terkejut jgk saya dengan komen itu, pada pandangan saya ini sudah berbaur politik, apa lagi saya pun melihat profile hamba Allah ni dan sah la dia adalah seorang ahli yang kuat kepada sebuah parti (dot-dot), hehe mana leh cakap kita rahsiakan ok.....

Saya membiarkan post wall itu tergantung begitu saja di fb kerana bagi saya biarlah dia nak bagi pandangan, klu saya cantas kan bergaduh mulut lak dlm fb tu.....

Saya cuma boleh menjawab dalam hati jer bahawa klu nak menghasut saya dalam politik sorry la ek, sebab sepanjang hidup saya belum penah lagi mengundi, saya sangat tidak suke politik kerana di sebabkan politik kita orang2 Melayu boleh berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri, tetapi mengundi juga adalah 1 kewajipan jadi bila tiba masa nye saya akan mendaftar dan akan memilih seorang pemimpin yang boleh menjaga kebajikan rakyat dan bukan nye seorang pemimpin yang tahu menghabiskan duit rakyat dan secara tidak senjaga nama dan pangkat penting untuk segala2 nye.....

Note : fikir-fikirkan lah dan selamat beramal, jangan jadi manusia bila di sogokkan duit terus jadi macam kerbau yang dicocok tali nye, ingat duit yang di tabur itu adalah duit kita semua.....
Aduiii apasal tetiba saya pandai berpolitik ni dan tahu pulak bercakap pasal politik, hehehe, dan merasa confius jugak kenapa saya boleh meletakkan gambar ini di dalam entri kali ini.....sedap nyo make, cuba pandang kamera sikit Tok Guru kita tow.....ngeh3 daaaaa

Sabtu, 8 Oktober 2011

~ Biz On9 Nokey's ~: Respect n Tabik Spring

~ Biz On9 Nokey's ~: Respect n Tabik Spring: Salam, entri kali nak citer pasal tajuk kat atas tu la, sekarang ni kan musim FB, ermm bebudak sekolah n budak2 kecik pun dah pandai guna F...

~ Biz On9 Nokey's ~: Cerita Sedih di bulan Ramadhan 2011

~ Biz On9 Nokey's ~: Cerita Sedih di bulan Ramadhan 2011: Salam, entri kali nak citer pasal bulan Ramadhan 2011, tengok gambar kat sebelah boleh agak tak apa yg saya nak coretkan, first sekali m...

~ Biz On9 Nokey's ~: Berdiam diri lebih baik dari segalanya

~ Biz On9 Nokey's ~: Berdiam diri lebih baik dari segalanya: Salam, entri kali ini cuma nak meluahkan isi hati, erm mcm berat jer bunyi nye, x de la berat sgt ringan jer x yah nak memikul apa-ap...

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Kursus Pegawai Khidmat Pelanggan, Kementerian Pe...

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Kursus Pegawai Khidmat Pelanggan, Kementerian Pe...: Di hari Selasa ( 13.09.2011 ) yang indah pada waktu rehat sedang asyik saya membuat keje tiba2 bos panggil :~ Puan : Kin ooo kin ...

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Menerima teguran ~

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Menerima teguran ~: Salam..... semalam mendapat satu teguran mengenai blog sayer, sayer nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada orang itu keran...

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Mempunyai Satu Impian ~

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Mempunyai Satu Impian ~: Salam semua, haiiii termenung nampak, termenung ker, x la saya tengah berangan ni bukan nye termenung, berangan apa ek ???...

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Sudah Menjadi Giler dengan.........Satay ~

~ Biz On9 Nokey's ~: ~ Sudah Menjadi Giler dengan.........Satay ~: Salam.....kali ni nak citer pasal satay pulak, oleh kerana saya ni adalah pengemar satay maka dengan ini di istiharkan saya telah m...

MENULIS <~ ada apa dengan nya.....

Menulis......saya sebenarnye x tahu nak menulis tambah2 lagi dengan blog ni, mana nak cari idea yang mencurah-curah cam org lain, sesiapa yang nak komen sila la komen saya sudi menerima nye kerana saya memang x pandai meng ayat n sangat tidak pandai berblogging, tetapi ada satu jer yang terpahat dalam jiwa sebab dari minat ber blog maka dengan itu datang nye idea yang x seberapa dari saya, huhuhu.......
Sebab apa orang itu menulis ek ???
 Rajin nyer orang itu menulis.....
Rasa macam nak jadi macam orang itu la (maksud saya jadi macam penulis itu).......
Berbagai persoalan yang bermain di fikiran ini ???
Saya suka membaca dan melihat tulisan orang......(sangat menarik perhatian dan ketika membaca juga saya akan membayangkan macam mana kah org itu), dasyat kan dengan menulis sajer bermacam-macam boleh di terjemahkan
 Dan bagi saya pula, menulis adalah :~

  • Untuk meluahkan apa yang terpendam (walaupun org x nak baca, tetapi itu luahan dari saya yg berbentuk tulisan) 
  • Saya suka menyatakan sesuatu berbentuk tulisan
  • Kekadang lebih suka menulis daripada bercakap
  • Apa yang terbuku di hati boleh di lakar kan di dalam tulisan
  • Peribadi seseorang pun boleh dilihat daripada tulisan
Apa lagi ek ???, sebenarnye saya kekeringan idea sekarang, I M SORRY......

Note : setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza, sesiapa yang ada idea boleh beri pendapat kepada saya kerana entri ini cuma dari luahan hati         ~ done ~

Selasa, 4 Oktober 2011

MARAH <~ Jangan Dituruti Hasutan Syaitan Itu.....


MARAH..... itu adalah hasutan syaitan, syaitan memang suka melihat kita marah kerana waktu kita marah dia akan selalu berada dengan kita, apabila marah hendaklah selalu beristifar supaya syaitan2 itu lari dan menjauhi kita........




Saya memang x suke marah dan paling bencikan perasaan itu, tetapi ada sesuatu dalam diri saya yang bersaudara dengan marah iaitu geram, geram baik la sikit dari marah hehehe, cuma yang berbeza adalah marah lebih dasyat dari geram, d sebabkan marah orang sanggup membunuh, bertengkar dll......, so geram x de la sampai jadi cam tu, geram timbul sekejap jer.....boleh x cam tu, boleh la, kan3


     Alangkah bagus nye klu kita dapat menjauhi daripada marah, bagi saya untuk mengelakkan marah adalah dengan menangis kerana diwaktu itu kita akan melepaskan segala nye dan dengan serta merta perasaan marah itu akan hilang, setiap orang mempunyai sifat marah yang berbeza2, jadi fikir2kan lah dan renung2kan lah, selamat beramal.......daaaaaa

Ahad, 2 Oktober 2011

My Best Friend

Bagi kiss dulu, hehe muah3, amboi over la pulak, ni citer pasal best friend nak bagi kiss2 tu apa hal, ala nak bagi kiss sikit pun x boleh, bukan nye kena pun......

Ok la, kali ni nak citer pasal My Best Friend, best friend ker, entah la, best friend kut (hehe, no coment), nanti kita citer ek pasal best friend saya ni.....kami berkenalan secara x segaja, x sangka pun boleh jadi rapat, dulu saya memang selalu gaduh & berperang gan dia sebab dia memang suke buat saya panas ati tau, aduiii masa tu saya memang sangat geram dan benci akan dia, tapi lama kelamaan tanpa di sedari kami telah menjadi kamcing (makna baik la tu, x kan kamcing pun x tahu makne, haha), tu la orang kata x kenal maka x cinta (bercinta ker, x tahu ler plk saya)........

So bila dah lama kenal kalau dia menghilangkan diri tanpa khabar berita saya akan mula risaukan dia (rindu ler tu, baik mengaku jer, eeee malu), dah jadi tanggungjawab saya tu (tp awak sajer buat x faham ek, aduiii geram nye saya), yang bab ni memang saya x suke dan d sebabkan hal timbul tenggelam ni la dia d bagi nama sebagai Chipmores (awak yang bagi tau, saya ikut jer), biskut chipmores klu makan sedap jugak tapi ni orang apa yang boleh d buat........awak nak tukar nama lain, tapi nama Chipmores jugak yang melekat ek


Walaupun kekadang saya terasa dan merajuk hati gan dia tetapi saya tetap menghargai dia sesangat sebab waktu saya moody dia membuatkan saya hapy (dia cakap saya hot n spicy, sampai hati dia leh cakap mcm tu kan, tp saya tetap terima sbb benda yg betul, so saya x boleh nak marahkan dia), masa saya lemah dia bagi saya semangat, bila saya memerlukan seseorang untuk meluahkan apa saja dia tetap ada gan saya (waktu dia x jadi chipmores la),  saya suka buat perangai sebab saya rasa saya bukan lah seorang wanita yang baik untuk dia, waktu tu dia boleh buat  x tahu jer (sakit x ati, memang sakit ar, tp kena la sabar sikit)......


Saya tidak penah mengucapkan kata yang baik2 untuk awak kan (ego la tu), tetapi saya nak awak tahu saya dah mula bukakan pintu hati saya untuk awak, saya dah boleh terima awak dan sudah mula menyukai awak, walaupun awak x penah tahu dan x penah mengambil tahu, tetapi ini adalah luahan ikhlas dari hati saya, harap awak akan dapat memahami nye.......awak kata penah memohon doa yang baik2 saje antara saya gan awak, harap apa yang awak cakap kan tu betul dan semoga doa2 awak tu d makbulkan Tuhan (saya juga mempunyai harapan yang sama), Amin................

Note : terasa tetiba touching pulak, tapi ini adalah luahan ikhlas dari hati saya untuk awak wahai Chipmores....(perlukah saya gelak waktu ini, oooo tidak ini adalah topik yang serius, bak kata Chipmores saya, boleh x serius jap dalam masa 1 minit kerana skrg ini kita berbincang mengenai topik yg serius), hahaha waktu jiwa kacau saya x boleh nak serius sgt, mula la saya jadi cam x betul........tetapi (ada tetapi lagi ni) ayat2 serius yang saya tulis d atas adalah benar belaka dan x de kaitan yang masih hidup @ yang dah meninggal dunia (apa yang sedang saya cakapkan sekarang ni, aduiii saya dah pening ker), daaaaaaaaaaaaa


JUS DIVAS (JUS UNTUK KURUS)

JUS DIVAS KEBAIKAN YANG TERDAPAT PADA PRODUK INI : ✔ Membantu proses penghadaman. ✔ Membantu merawat sistem penghadaman. ✔ Menghilangkan gum...